Saturday 7 January 2012

NEGARA KOTA ARAB

SEJARAH 1 – TAMADUN DUNIA
KERAJAAN SABA
1. Berkembang sekitar tahun 1000 – 750 SM/
950 SM .
2. Kerajaan  Saba’ terletak di Yaman .
3. Pada awalnya ibu kotanya terletak di Sarwah .
4. Kerajaan ini amat mementingkan aspek
senibina seperti :
a)pembinaan rumah-rumah ibadat untuk Dewi Bulan .
b)membina benteng pertahanan .
5. Seterusnya , pada peringkat kedua , ibu
kotanya berpindah ke kota Maarib .
6. Kota ini makin terkenal khususnya dengan kebolehan dan kebijaksanaan penduduknya membina Empangan Maarib :-terkenal
 -arkitek2 purba Yaman
 -dapat menampung air untuk kegunaan
  penduduk & aktiviti pertanian .
7. Kemasyhuran Kerajaan Saba’ turut     disebabkan oleh pemerintahan Ratu Balqis yang disebutkan dalam Al-Quran  dan Kitab Injil .

MAKKAH

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah  terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah . Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad SAW dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah SWT .

1.Nama Makkah yang asalnya ialah Makaroba , kemudian ditukar kepada Bakkah dan terakhir sekali Makkah .
2.Makkah telah diduki sejak 2400 tahun dahulu .
3.Pada awalnya Makkah diduki oleh puak Amaliqah dan seterusnya puak Jurhum .

Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim AS menerima perintah daripada Allah SWT supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang . Selepas Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya . Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu . Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air diantara Bukit Safa daripada Jabal Quais hinggalah ke Bukit Marwah . Dalam suasana yang kelam kabut itu , Nabi Ismail yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah s.w.t., maka air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

4.Dengan kemunculan Telaga Zam-zam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Makkah. Nabi Ibrahim a.s. melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi. Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. kemudiannya membina Kabaah .
5.Makkah menjadi tempat tumpuan pedagang kerana terdapat pasar besar seperti Ukkaz dan Majinnah .

MADINAH AL – MUNAWWARAH

1.Bererti bandar bercahaya .
2.Terletak di Wilayah Hijjaz .
3.Sebelum Hijrah dikenali sebagai Yathrib .
4.Yathrib ini diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil .
5.Sebuah wadi (lembah) berkeluasan 32km 6.Sebelum Islam datang kota ini mempunyai penduduk seramai 4000-5000 orang.
7.Separuh daripada penduduk nya beragama Yahudi .
8.Dan selebihnya kaum Aus dan Khazraj(Ansar) berjumlah 500 & menyembah berhala .
9.Kawasan ini kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan kaya dengan sumber air serta sesuai untuk pertanian .