Thursday 2 February 2012

Sejarah Asia Tenggara

Soalan
Peranan Thai dan Burma dalam menangani kemaraan kuasa Barat .
Pengenalan
·         Thailand di bawah Mongkut dan Burma dibawah Raja Mindo Minh telah mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu.
·         Thailand dan Burma tidak mahu menerima nasib yang sama seperti di China.
·         Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Perdagangan Inggeris-Burma 1862 dan 1867 merupakan titik permulaan pembatalan dan permodenan di Thailand dan Burma .
·         Kebijaksanaan Raja Thai dan Raja Burma menyebabkan Thailand dan Burma berada dalam keadaan aman dan tidak member peluang kepada kuasa-kuasa Eropah untuk menjajah Thailand dan Burma .
Thailand
        i.            Pembaharuan luar negeri
·         Rama IV (Chulalongkorn) mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu.
·        Baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan kuasa Eropah agar Thailand tidak menerima nasib yang sama seperti China dan Burma.
·     Raja Thai mengadakan perjanjian perdagangan dengan Inggeris (1855) ekoran daripada itu perjanjian yang sama ditandatangani diantara Siam dengan Amerika dan Perancis (1856) Denmark (1858) Portugal (1859) dan sebagainya.
      ii.            Pembaharuan dalam negeri
·         Raja Mongkut menggaji pakar-pakar Barat dalam pelbagai bidang untuk berkhidmat sebagai penasihat dan ketua-ketua dalam pelbagai jabatan.Contoh,Rolin Jaequemins sebagai penasihat umum dan Ann Lenowens sebagai pendidikan .
·   Raja Mongkut menjalankan dasar pembaharuan dan pembaratan negara Thailand melalui pendidikan,pentadbiran,perundangan,dan sebagainya.
·         Pembaharuan Raja Mongkut dalam bidang eko,social serta agama dan pentadbiran dapat membantu Thailand bagi menjadi negara yang bebas daripada penjajahan.
·         Memansuhkan sistem mengadap dengan pemerintah raja kepada orang asing,mereka dibenarkan menunjukkan rasa hormat dengan cara mereka sendiri.
·         Raja Mongkut juga cuba menghapuskan sistem perhambaan
·         Mubaligh Kristian dibenarkan menyebarkan agama Kristian di Thailand
·         Layanan yang sama diberikan kepada semua Eropah.
·         Raja Chulalongkorn meneruskan dasar pembaratan,persahabatan dan perdagangan ayahandanya .
    iii.            Penyerahan wilayah naungan Thai kepada Perancis dan Inggeris
·         Raja Mongkut menyerahkan wilayah naungan (Kemboja) kepada Perancis pada tahun 1867.
·    Raja Chulalongkorn juga melepaskan wilayah naungan,1888 daerah Tonking Utara,1893 seluruh daerah di Timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang,1904 daerah di sempadan Laos-Thailand dan 1907 wilayah Angkor,Battambang dan Siemreap .
·       Raja Chulalongkorn juga melepaskan negeri-negeri Melayu Utara kepada Inggeris pada tahun 1909 demi mengekalkan kemerdekaan Thailand.
Burma
        i.            Pembaharuan dalam negeri
·         Menghapuskan kerajaan-kerajaan pusat dan menghapuskan unsure-unsur feudal seperti pada tahun 1861 menghapuskan system Myosa
·         Mengambil beberapa pegawai Eropah , Perancis dan Itali untuk berkhidmat di Burma.
·         Memperkenalkan cukai pendapatan Thathameda keatas tiap-tiap keluarga.
·         Wujudkan 10 jawatan Kayaijwun yang baru bagi menyelaraskan Myowun .

      ii.            Ekonomi
·         Memperkenalkan matawang syiling 1861
·         Menubuhkan kira kira 50 buah kilang kecil yang diselenggarakan oleh Barat,membangunkan perusahaan perlombongan arang abut dan besi.
·         Menggalakkan perdagangan dengan Burma Hilir yang berada di bawah pemerintahan British.

    iii.            Hubungan Luar
·       Raja Mindo Minch benci peperangan,baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan Britain dan kuasa-kuasa Barat yang lain.
·  Baginda menandatangani dua perjanjian perdagangan Inggeris-Burma pada 1862 dan 1867.Antara isi perjanjian ialah pedagang British dan Burma diberi kebesan berdagang di Burma Hulu dan Burma Hilir,baginda membenarkan seorang ejen British menetap di Mandalay.Baginda bersetuju memansuhkan hah-hak monopolinya kecuali keatas kayu jati,petroleum dan batu permata,mengurangkan duti kastam kepada 5% daripada jumlah nilai setiap konsignasi barang-barang,bersetuju membenarkan seorang lagi ejen British menetap di Bhamo dan sebagainya.
·   Pada akhir pemerintahan Raja Mindon Minch hubungan diplomatic Burma-Inggeris mulai merosot kerana Inggeris enggan memulangkan semula wilayah-wilayah Burma yang telah ditawan terutamanya Pega .
·         Layanan buruk terhadap perwakilan Burma yang dihantar ke London.
·    Mengarahkan wakil Inggeris dan orang asing menanggalkan kasut mereka sebelum masuk kedalam istana

Kesimpulan
·         Usaha-usaha pembaharuan dan permodenan yang dijalankan oleh Raja Mongkut dan Chulalongkorn yang terkenal dalam sejarah Thai dan Raja Mindon Minch terkenal dalam sejarah Burma.

No comments:

Post a Comment